Home » » Mat Yo, Johor kalah bermaruah trending di media sosial

Mat Yo, Johor kalah bermaruah trending di media sosial

Written By medianetwork on Sunday, November 2, 2014 | 7:51 AM


KUALA LUMPUR: Peminat pasukan Johor Darul Takzim (JDT) terus menyuarakan sokongan kepada pasukan itu.

Walaupun tewas di tangan Pahang pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu malam, namun ramai penyokong menganggap ia kekalahan bermaruah. 

Pahang menewaskan JDT pada penentuan sepakan penalti yang berkesudahan dengan keputusan 5-3.

Terdahulu, kedua-dua pasukan diheret ke masa tambahan selepas tamat masa penuh perlawanan.

Kedudukan masih buntu tanpa sebarang jaringan pada 30 minit waktu tambahan lantas memaksa perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.


0 comments :

Post a Comment