Home » » Maut sesak nafas dalam kereta

Maut sesak nafas dalam kereta

Written By medianetwork on Wednesday, October 29, 2014 | 2:43 AM


Georgetown: Seorang lelaki maut sesak nafas kerana terhidu asap yang berpunca daripada kebakaran pada sistem audio kereta dinaikinya di Lebuh Chulia Street, di sini, malam tadi.

Mangsa yang berusia 63 tahun menaiki kereta bersama rakan yang juga pemandu kenderaan terbabit.
Namun setibanya di lokasi kejadian sistem audio kereta terbabit terbakar dan mengeluarkan asap membuatkan mangsa yang berada di tempat duduk penumpang depan sesak nafas.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai Mohd Suhaimi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.24 pagi dan tiba di lokasi kejadian dua minit kemudian.

Menurutnya, ketika itu mangsa sudah dikeluarkan dari kenderaan namun dia tidak sedarkan diri dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

"Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada wayar pada sistem audio kereta terbabit," katanya.

Selepas mengeluarkan mangsa, pasukan bomba memberi bantuan awal pernafasan ekoran pihaknya mendapati mangsa berada dalam keadaan sesak nafas kritikal selain tidak sedarkan diri.

0 comments :

Post a Comment