Home » » MAS buat pendaratan kecemasan

MAS buat pendaratan kecemasan

Written By medianetwork on Friday, October 24, 2014 | 1:20 PM


Kuala Lumpur: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Kuala Lumpur ke Brisbane, Australia melakukan pendaratan cemas di Bali jam 2.10 petang tadi (waktu Malaysia) selepas seorang penumpang mengandung akan bersalin.

Menurut laporan Australian Associated Press (AAP) Pengurus Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali, Herry AY Sikado berkata, penerbangan MH135 dari Kuala Lumpur ke Brisbane yang membawa seramai 178 penumpang meminta melakukan pendaratan cemas selepas seorang wanita sarat mengandung ingin bersalin.

Herry berkata, sebaik berjaya melakukan pendaratan, wanita dikenali sebagai Samual P Jeyanthi terus dikejarkan ke Hospital Kasih Ibu.
"Kejadian itu tidak mengganggu operasi lapangan terbang dan semua jadual penerbangan berjalan seperti biasa," katanya.

Sementara itu, Jurucakap MAS mengesahkan kejadian itu dan berkata, syarikat penerbangan itu akan mengeluarkan satu kenyataan kemudian.

- source: HMetro

0 comments :

Post a Comment