Home » » GAMBAR : Lelaki Ini Dirompak Dan Ditikam Di Pipi

GAMBAR : Lelaki Ini Dirompak Dan Ditikam Di Pipi

Written By medianetwork on Thursday, October 30, 2014 | 5:19 AM



Kes rompakan ini berlaku di Jalan Muara Tuang, Kuching, Sarawak pada Selasa lepas melibatkan mangsa seorang lelaki dan tiga orang suspek.
Gambar mangsa yang berlumuran darah dimuatnaik ke laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia (MCAC) hari ini.
Mangsa pada mulanya yang memandu terpaksa berhenti di tepi jalan berkenaan kerana keretanya mengalami kerosakan.
Ketika dia sedang menunggu bantuan, tiga orang suspek tersedar mereka ada peluang untuk merompak mangsa.
Mereka dikatakan mengeluarkan pisau dan meminta mangsa menyerahkan dompetnya.
Lelaki malang itu cuba berunding dengan perompak berkenaan dan merayu agar mereka memulangkan semula kad pengenalannya sehingga menyebabkan seorang perompak hilang sabar lantas menikam pipi lelaki itu dengan sebilah pisau.
Tikaman itu membuatkan mangsa cedera dan berlumuran darah di bahagian pipi.
Seorang lelaki yang terlihat kejadian itu berhenti untuk memberikan bantuan kepada mangsa yang cedera.
Dia dilihat mengeluarkan sehelai baju putih dan meletakkan di muka mangsa bagi menghentikan pengeluaran darah. Saksi kemudiannya meminta bantuan dan menghantar mangsa ke hospital terdekat.

0 comments :

Post a Comment