Home » » Subsidi penuh petrol hanya untuk yang berpendapatan RM5,000 ke bawah

Subsidi penuh petrol hanya untuk yang berpendapatan RM5,000 ke bawah

Written By medianetwork on Monday, October 27, 2014 | 3:57 AM

Subsidi penuh petrol hanya untuk yang berpendapatan RM5,000 ke bawah

KUALA LUMPUR: Hanya mereka yang berpendapatan bawah RM5,000 sebulan akan mendapat subsidi penuh di bawah skim rasionalisasi subsidi petrol yang akan dilaksanakan tahun depan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Perbankan Islam Bank Rakyat sebentar tadi.

"Mereka yang berpendapatan lebih daripada RM10,000 sebulan tidak akan menikmati subsidi penuh, manakala mereka yang berpendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 akan mendapat separuh," ujar beliau.

Namun demikian, mekanisme perlaksanaan masih dikaji oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

0 comments :

Post a Comment