Home » » DiGi buka tempahan awal iPhone 6, 6 Plus mulai 31 Oktober

DiGi buka tempahan awal iPhone 6, 6 Plus mulai 31 Oktober

Written By medianetwork on Wednesday, October 22, 2014 | 7:44 PM

SHAH ALAM: DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) mengumumkan akan mula menjual peranti pintar popular iPhone 6 dan iPhone 6 Plus mulai Jumaat, 7 November ini.
Dalam kenyataan di sini hari ini, DiGi berkata pelanggan boleh membuat tempahan awal telefon pintar berkenaan mulai Jumaat, 31 Oktober ini di laman sesawangwww.digi.com.my/iphone.
DiGi kini mempunyai 10.9 juta pelanggan di seluruh negara.
Apple Inc, pengeluar iPhone 6 dan iPhone 6 Plus melancarkan peranti berkenaan di beberapa negara pada 19 September lalu.

0 comments :

Post a Comment