Home » » Kecewa anu kecil

Kecewa anu kecil

Written By medianetwork on Sunday, October 26, 2014 | 4:06 AM

ILAC dibawa ke hospital selepas memotong kemaluannya

Seorang lelaki memotong kemaluannya dan mencampakkannya ke dalam tong
sampah selepas dia ditinggalkan kekasihnya kerana gagal memuaskan nafsu seks
wanita itu.
Oliver Ilac, 22, berkata, dia mengambil keputusan memotong kemaluannya
kerana ia terlalu kecil.
Ilac bertindak demikian mengunakan pisau cukur.
Bagaimanapun, selepas tidak berjaya menghentikan pendarahan, dia menelefon
perkhidmatan kecemasan untuk mendapatkan bantuan.
Dia dibawa ke hospital di Kocani, Macedonia, dan memberitahu petugas
perubatan dia memotong kemaluannya itu kerana ia 'tidak berguna.'
Menurutnya, teman wanitanya memutuskan hubungan mereka selepas
mencemuhnya kerana 'tidak hebat' di ranjang.
Polis menyelongkar rumahnya dan menemui alat sulit Ilac dalam tong sampah
bersama-sama pisau cukur yang digunakannya.
Doktor tempatan gagal menyambung semula organ itu dan Ilac dihantar ke
hospital lain di Skopje, tempat pakar bedah berjaya melakukan penyambungan
semula itu dalam pembedahan selama lima jam.
Bagaimanapun, terlalu awal untuk menyatakan sama ada kemaluan Ilac itu
boleh berfungsi seperti biasa.
Seorang lelaki Macedonia baru-baru ini juga memotong kemaluannya.
Bagaimanapun, tidak seperti Ilac, lelaki berkenaan membuangnya ke dalam
tandas bagi memastikan ia tidak akan disambung semula.
source: HMetro

0 comments :

Post a Comment