Home » » 25 GAMBAR BAGAIMANA HAJI DITUNAIKAN 61 TAHUN YANG LALU

25 GAMBAR BAGAIMANA HAJI DITUNAIKAN 61 TAHUN YANG LALU

Written By medianetwork on Sunday, October 26, 2014 | 9:42 AM

Musim haji telah tiba lagi dan kita baru sahaja menyambut Hari Raya Korban seminggu yang lepas. Umum maklum yang kini kos menunaikan haji telah semakin meningkat seiring dengan pembaharuan yang dilakukan disana.

Kini, di sekitar Mekah sudah terdapat hotel-hotel mewah, restoran-restoran fastfood terkenal dan juga shopping mall. Sejauh mana menunaikan haji dapat melahirkan rasa keinsafan dalam keadaan sedemikian, itu terpulang kepada masing-masing. Kalau betul niatnya, insyaAllah dipermudahkan.

Pernahkah anda terfikir bagaimana haji ditunaikan 61 tahun yang dulu? Hayati gambar-gambar dibawah yang diambil daripada Majalah National Geographic. Maaf, tiada satu pun gambar selfie.

1. Ketibaan jemaah haji yang kebanyakannya menggunakan feri ataupun kapal. Jika dari Malaysia, ianya memakan masa berbulan-bulan lamanya. 

2. Bagi mereka yang mampu, mereka menggunakan perkhidmatan kapal terbang daripada negara berhampiran. 

3. Sama seperti hari ini, bas merupakan kenderaan yang paling banyak digunakan oleh para jemaah. Namun baru-baru ini, perkhidmatan seperti LRT telah dilancarkan untuk memudahkan para jemaah haji.

4. Hanya muslim dibenarkan untuk memasuki kawasan ini untuk menunaikan haji.

5. Inilah gambar sekitar masjid mekah. Pemandangan sekarang jauh berbeza sama sekali.

6. Jalan Mekah yang sibuk. Kelihatan menara dari seni bina Khilafah Ustmaniyyah.

7. Ini adalah salah satu jalan masuk Masjidil Haram.

8. Para jemaah diluar perkarangan Masjidil Haram.

9. Rupa kaabah pada masa itu. Begitu ringkas binaan-binaan disekitarnya.

10. Rupa kaabah dari pandangan yang lebih dekat.

11. Jemaah dibenarkan untuk memasuki kaabah pada masa itu. Mungkin kerana bilangan yang tidak ramai.

12. Menunaikan tawaf nampak lebih mudah 61 tahun yang lalu.

13. Peniaga-peniaga disekitar Mekah.

14. Pasar dan gerai-gerai.

15. Jemaah yang berehat menikmati shisha.

16. Kuda masih digunakan sebagai alat pengangkutan.

17. Jemaah sedang memilih kambing untuk ibadah korban.

18. Jemaah akan menyimpan sendiri haiwan-haiwan untuk ibadah korban. Unik.

19. Keldai digunakan untuk mengankutan haiwan yang telah dikorbankan.

20. Di Mina, makanan dimasak menggunakan periuk dan unggun api.

21. Jemaah menunaikan solat.

22. Khemah-khemah yang didirikan disekitar gunung Arafah.

23. Jamarat yang simboliknya melontar batu kearah syaitan tidaklah sebesar sekarang.

24. Seorang jemaah sedang bercukur.


25. Menikmati minuman sejuk dibawah panas terik matahari.

0 comments :

Post a Comment